21 JAN 2018
First benda nampak lepas park kereta adalah benda ni.Sebelum panjat gua niah kena beli tiket dulu haha ingat boleh terus panjat ke ? Dalam dunia ni takde benda free hehe so kiteorg pon pegi ke kaunter tiket utk beli tiket. So satu kepala RM 10.
Lepas beli tiket,kena naik bot dulu merentasi tak sure sungai/paya tu sebelum terus panjat Gua Niah. Ada sign buaya kt situ haha kecut perut kami.Tapi kejap je naik bot tu dlm 5 minit haha kena bayar rm1/sekepala dkt pakcik yg bwk bot tu.
Maka bermulalah the adventures...tipulah cakap tak penat. Penat gile bapak haha ya Allah series padahal selalu je hiking tp dia more tu mcm jungle trekking la. Ada la jg pepanjat tp dia ada tangga so no worries cuma sangat licin sbb dia berlumut. Hati-hati bila nk jalan tuh lagi-lagi kiteorg pegi tuh,hujan masa balik bertambah la licin dia. Kena pakai kasut yg sesuai tapak kasut sume kene yg tahan lasak. Jauh dia masyaAllah kau rasa mcm "mana gua nih lama dah aku jalan ni" tp hakikatnya jauh lagi haha fuhhh ni rupa jalan nak naik dia memang hutan jela ofkos nak masuk gua enn takkan tetibe laluan pantai pulakk kk
|
jalan yg tiada peghujung |
Gua Niah ni ada 3 section maksudnya 3 gua la. Gua yg pertama korg akan jumpa adalah Gua Dagang.
|
muka kepenatan |
muka kepenatan 2
Lepas tu kami teruskan perjalanan untuk pegi gua yang ke-2 iaitu Gua Niah.Sebenarnya tak sure pon nama-nama gua nih haha kiteorg tangkap gambar je signboard dia tp tak baca pon sbb tak larat sgt dah pikir nnti jelah baca kt rumah tp smpai skrg tak baca-baca lg hahaha nntilah pulak bila rajin ahaks kt situ takde tulis mcm brape km/m lg. Klau ada pon,satu dua je tp kecik la so kalau nk tahu jauh mana lagi kena amik cakna sign yg ada haha Klau tak nampak teruskan jelah perjalanan sampai sampai...Gua yg ke-2 nih kena ada torchlight sbb gelap sangat-sangat. Tak nampak lansung lah cite dia mcm malam je kt dalam tu. Boleh banyak berzikir masuk dlm tu ye banyak kelawar dan bunyi binatang2 lain tp nampak tak nampak je huhu
Kiteorg tak banyak berhenti sbb nk jimat masa berhenti pon sekali dua je so paksa jugak diri walaupon penat. Walaupon i'm the youngest, tp aku yg plg low stamina kt situ haha rasa mcm org tua-tua je panjat gua niah nih haih tp balik tu aku pecut plg laju sbb nak balik enn hahaha btw balik ikut jalan sama macam jalan pergi tadi. Akhirnya, gua yang terakhir iaitu "painted cave" if i'm not mistaken. yes that's right ! Gua last ni mcm tinggi sket so kena panjat tangga dia, u have to kumpulkan sume tenaga yang ada for the this last cave haha
Waktu perjalanan balik tuh kami singgah kampung rumah panjang. Ianya terletak otw jalan nak balik tu.
Tapi kiteorg tak masuk sbb dh tak larat dah haha kt situ ada la penduduk dia and anjing pon banyak jugak la kt situ. After that kiteorg teruskan perjalan balik. Total hours kiteorg panjat Gua Niah ni lebih kurang 4 jam daripada pkul 10 pg sehinggalah 2 ptg mcm tu. Itu pon mcm non-stop jalan. Klau ada berhenti-berhenti mungkin akan ambil masa yg lebih lama. So klau nk tahu lebih lanjut pasal Gua Niah ni boleh la search sejarah dia sume kayy ! Banyak pengajaran yg boleh diambil drpd Gua Niah ni really MasyaAllah ! Its worth it la experience once in a lifetime klau nk pegi lagi kena think twice hahahaha klau suka aktiviti mencabar like this, u guys should tried climbing Gua Niah !
|
|
Comments
Post a Comment